Win Lose And Draw
"Amat Menggalakkan"
Pasukan yang mewakili zon A dengan jumlah pungutan 24 mata barjaya mendahului pasukan daripada zon D dengan pungutan 22 mata dalam pertandingan ini. Manakala pasukan dari zon B dan zon C masing-masing menduduki tempat ketiga dan keempat. Bermula jam 2.45pm dan berakhir pada jam 3.30pm. Pihak hakim memberi ulasan bahawa penyertaan pada kali ini amat menggalakkan daripada peserta. Harapan hakim agar para peserta pada masa-masa akan datang supaya lebih berdisplin dan dapat menampilkan ciri-ciri sebagai seorang Azhari.
Deklamasi Sajak
"Bahasa Kurang Puitis"
"Bahasa kurang puitis" itulah kata-kata Ustaz Mohd Rizal selaku hakim pertandingan
Debat Ala Parlimen
"Prestasi Peserta Meningkat"
Bertemakan "Ekonomi Berasaskan Pertanian Lebih Menjamin Masa Depan Negara"
debat ala Parlimen peringkat akhir yang berlangsung sempena Ekspo Gempak PMRAM 08 menampilkan zon C selaku pihak kerajaan berjaya melayakkan diri sebagai juara apabila berjaya menewaskan zon A selaku pembangkang. Walaupun penyertaan acara debat kali ini agak suram, namun prestasi para peserta meningkat dan bertambah baik. Begitulah kata-kata ulasan daripada Ustaz Mohd Hafiz Mahmud selaku ketua juri hakim debat ala parlimen pada kali ini. Justeru, pihak juri kehakiman mengharapkan agar para peserta pada masa akan datang dapat mempersembahkan hujjah dengan lebih baik dan relevan. Pertandingan ini berakhir kira-kira jam tujuh petang.
Acara Padang
"Meriah"
Sabtu, 16.08.08, Dataran Hayyu Asyir- Bahang dan kemeriahan acara padang sempena EGP 08 sangat terasa disebabkan komitmen dan penyertaan daripada peserta sendiri amat menggalakkan. Walaupun banyak acara-acara yang terpaksa dimansuhkan berbanding tahun lepas memandangkan kesuntukan masa dan kepadatan jadual program, namun para peserta daripada setiap zon iaitu zon A, B, C serta D tetap memberikan kerjasama dengan baik.
Dalam acara kail botol, zon B merangkul juara manakala naib juara disandang oleh zon C. Sementara juara dalam acara Jejak Jejaka pasukan yang berjaya mengenepikan cabaran zon lain ialah pasukan dari zon D, manakala naib juaranya pula disandang oleh kumpulan zon C. Acara sepak raga bulatan pula keputusannya masih lagi dalam perkiraan oleh pihak juri pertandingan.
Kemeriahan acara padang lebih terserlah dengan kehadiran dan penambahan pasukan iaitu dari Kemboja, Arma serta Bait Muslim. Gelangang futsal menyaksikan tiga pasukan yang mewakili setiap zon beradu tenaga untuk melayakkan pasukan mereka ke peringkat seterusnya. Keputusan pertandingan peringkat saringan berpihak kepada pasukan Bunga Raya, Cempaka dan Orkid untuk bertanding ke peringkat seterusnya. Ustaz Jamal Jamaluddin Sulaiman selaku ketua eksekutif padang EGP 08 mengharapkan agar tautan ukhuwah akan lebih erat dikalangan para peserta.
Tilawah Al-Quran
"Perbaiki mutu bacaan"
Ahad, 17.08.08, Rumah Kedah Hayyu Asyir – “Kebanyakan peserta kurang memahami dari segi aspek mutu bacaan, iaitu tajwid mahupun fasohah”. Kata-kata ketua hakim yang mengendalikan ujian tilawah pada kali ini. Johan tilawah Al-Quran disandang oleh Ustaz Abdul Halim yang mewakili zon A.
Seramai tiga orang peserta yang menyertai tilawah Al-Quran yang dianjurkan oleh Persatuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM) dibawah Program Ekspo Gempak PMRAM 08 (EGP) bersempena Perayaan Menyambut Hari Kemerdekaan (PMHK) kali ke- 51. Masing-masing mewakili zon A, B dan C.
Ujian tilawah Al-Quran ini bermula jam 8.30am dan berakhir pada jam 10.00am. Majlis ini juga diserikan dengan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran daripada juara Akademi Al-Quran (AQ) musim pertama, iaitu Ustaz Abdullah Fahmi.
Pantun
“Pemakaian kurang sesuai dengan tema”
Isnin, 18.08.08, Dataran Hayyu Asyir – Dengan jumlah markah keseluruhan sebanyak 252 markah, zon D mampu mengalahkan pasuskan pemantun dari zon A yang mendapat pungutan markah sebanyak 198 markah. Pertandingan akhir pesta berbalas pantun ini dikendalikan oleh Ustaz Syafiq Zulakifli dan dihakimi oleh tiga orang hakim-hakim yang berkaliber.
Walaubagaimanapun, satu teguran yang membina daripada juri hakim mengenai persembahan iaitu daripada Ustaz Mohd Rizal Abd Wahab yang mengatakan, “persembahan dan pemakaian peserta pada kali ini kurang sesuai dan tidak mengikut tema pertandingan, selain itu gaya intonasi yang tidak sejajar dengan gaya persembahan merupakan alasan-alasan daripada pihak juri hakim teragak-agak untuk memberikan markah kepada para peserta ".
Harapan yang menggunung daripada juri hakim sendiri agar para peserta pada masa akan datang menggunakan bahasa-bahasa pantun yang kreatif dan bentuk-bentuk soalan pantun yang sejajar mahupun bertepatan dengan tahap pemikiran mahasiswa. Pertandingan ini berakhir kira-kira jam 4 petang.
Nasyid
"JUARA BERTAHAN KEKAL JUARA"