Assalamualaikum w.b.t
Firman Allah s.w.t :
" berpegang teguhlah kamu dengan tali (agama) Allah dan jangan berpecah belah…"
-surah Ali 'Imran-
Marilah sama-sama kita panjatkan kesyukuran ke hadrat Ilahi atas limpah kurnia-Nya. Selawat dan salam ke atas Junjungan Tercinta, Muhammad s.a.w, para ahli keluarga baginda, para sahabat dan pejuang-pejuang agama Allah s.w.t.
Perpaduan Teras Kejayaan yang merupakan tema bagi Perayaan Kemerdekaan kita pada tahun ini merupakan satu tema yang amat selari dengan ajaran Islam dalam konteks kecintaan terhadap tanah air. Fenomena demi fenomena yang berlaku khususnya di negara kita mengajak kita semua bersatu dalam mencapai kejayaan yang agung khusunya dalam ruang lingkup yang utama iaitu amal makruf nahi mungkar. Mana mungkin kejayaan dalam melonjakkan Islam ke kemuncaknya dapat dicapai dengan usaha berseorangan. Maka, tidak dapat tidak seruan ke arah bersatu menjadi suatu kewajipan bagi diri mereka yang bergelar muslim.
Bagi kita di sini, PMRAM yang merupakan persatuan induk di bumi mesir ini bagi anak-anak melayu Malaysia turut menyahut seruan tema kemerdekaan dalam pelaksanaan setiap pogram yang dijalankan. Di antara kepentingan thaqafah dan ilmu, pertimbangan dalam meraikan setiap kemahuan ahli juga mempunyai salingan di antara kedua-duanya. Pelbagai pogram samada berbentuk ceramah, tazkirah dan sukan adalah untuk semata-mata menyatukan ahli atau dengan erti kata yang lain iailah perpaduan. Kesepaduan di antara ahli yang mempunyai minat dan kemahuan yang berbeza diraikan oleh PMRAM. Hal ini demikian perpaduan bukan hanya setakat berlegar dalam masjid sahaja malah di padang dan di rumah. Lihat sahaja sirah Rasulullah s.a.w dalam sirah hidupnya yang agung menjadi contoh kepada kita bagaimana perpaduan Islam itu boleh terbentuk. Dan akhirnya, dengan perpaduan yang dibentuk tersebut, Islam menjadi agung di mata dunia.
Akhir kalam, saya selaku Presiden PMRAM pada tahun ini mengajak semua ahli khususnya untuk kita sama-sama turun padang dalam menjayakan semua pogram yang dianjurkan bagi merealisasikan 'Julang Thaqafah Bakti Dicurah' dalam kita turut sama mengejar ke arah perpaduan dalam mencapai kejayaan bersama. Semoga dengan EGP 08 PMHK ke-51 dalam membuahkan hasil yang bermanfaat bersama.
20.8.08
Ucapan Pengarah EGP 08
Assalamualaikum w.b.t
Alhamdulillah, syukur kepada Allah s.w.t yang menganugerahkan kita nikmat iman dan islam. Selawat dan salam ke atas Nabi Muhammad s.a.w, ahli keluarga baginda yang tercinta, para sahabat, para salafus soleh dan mereka yang berjuang di jalan Allah s.w.t.
Firman Allah s.w.t :
"wahai orang-orang yang beriman, bertaqwalah kamu dengan sebenar-benar taqwa dan janganlah kamu mati melainkan diri kamu dalam keadaan islam"
-surah Ali 'Imran-Teman-teman sekalian,
Saya selaku pengarah bagi EGP 08 PMHK ke-51 mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua unit pelaksana dalam usaha bersama menjayakan pogram mega ini pada kali ini. Tidak lupa juga kepada mereka yang turut sama yang terlibat smaada secara langsung atau tidak. Penyertaan daripada teman-teman sekalian cukup memeriahkan PMHK pada kali ini. Sebagaimana kita tahu, PMHK kali ini kita cuba tonjolkan konsep yang berlainan. Konsep Jom Heboh! Dalam versi islamik. Dengan pelbagai aktiviti-aktiviti yang terdapat di dalamnya, sukan, acara dewan, bazar dan pameran semuanya kita jalankan dalam garisan islam. Islam sesekali tidak pernah menyekat umatnya untuk berhibur namun yang dilarang ialah hiburan yang melalaikan dan yang terkeluar daripada landasan syara'.
Tema yang kita gunakan juga selari dengan tema di peringkat kebangsaan iaitu Perpaduan Teras Kejayaan. Satu lagi yang kita cuba tonjolkan demi merealisasikan perpaduabn di kalangan kita ialah kita melakukan perubahan dengan setiap penyertaan dijalanakan dalam bentuk taakhi di antara BKAN dan DPM di dalam zon masing-masing. Ini juga adalah satu usaha dalam menyahut seruan Perpaduan Teras Kejayaan.
Akhir bicara, seusai sudah pogram kita selama 4 hari ini. Ucapan jutaan terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang terlibat secara langsung mahupun bukan. Harapan daripada saya, supaya apa yang kita lakukan dapat memberikan satu input yang bermanfaat bersama kepada kita dalam melonjakkan diri ke dalam golongan ulama in the future. Sebagai penutup bicara sambutlah salam daripada saya.
Salam kemerdekaan…….
Laporan Perjalanan Program EGP 08 bagi pihak Ikhwah
Win Lose And Draw
"Amat Menggalakkan"
Pasukan yang mewakili zon A dengan jumlah pungutan 24 mata barjaya mendahului pasukan daripada zon D dengan pungutan 22 mata dalam pertandingan ini. Manakala pasukan dari zon B dan zon C masing-masing menduduki tempat ketiga dan keempat. Bermula jam 2.45pm dan berakhir pada jam 3.30pm. Pihak hakim memberi ulasan bahawa penyertaan pada kali ini amat menggalakkan daripada peserta. Harapan hakim agar para peserta pada masa-masa akan datang supaya lebih berdisplin dan dapat menampilkan ciri-ciri sebagai seorang Azhari.
Deklamasi Sajak
"Bahasa Kurang Puitis"
"Bahasa kurang puitis" itulah kata-kata Ustaz Mohd Rizal selaku hakim pertandingan Mendeklamasi Sajak pada kali ini. Peserta daripada zon D, Ustaz Mohd Effendy Baharin daripada Shoubra berjaya merangkul gelaran juara, manakala Ustaz Abdul Halim yang mewakili zon A menyandang naib johan. Selain itu hakim bahagian gaya persembahan dan intonasi, Ustaz Zuhaili mengharapkan agar para peserta pada masa akan datang menjadikan puisi sebagai medan untuk berdakwah. Justeru Ustaz Syafiq Zulakifli selaku ketua hakim pertandingan mendeklamasi sajak pada kali ini berharap agar para peserta dapat memantapkan lagi daripada segi bahasa puisi agar lebih puitis. Walaubagaimanapun, penyertaan pada kali ini amat memberangsangkan iaitu seramai 6 orang. Masing-masing mewakili zon A,B,C dan D. Pertandingan ini berakhir kira-kira jam 12 tengah hari.
Debat Ala Parlimen
"Prestasi Peserta Meningkat"
Bertemakan "Ekonomi Berasaskan Pertanian Lebih Menjamin Masa Depan Negara"
debat ala Parlimen peringkat akhir yang berlangsung sempena Ekspo Gempak PMRAM 08 menampilkan zon C selaku pihak kerajaan berjaya melayakkan diri sebagai juara apabila berjaya menewaskan zon A selaku pembangkang. Walaupun penyertaan acara debat kali ini agak suram, namun prestasi para peserta meningkat dan bertambah baik. Begitulah kata-kata ulasan daripada Ustaz Mohd Hafiz Mahmud selaku ketua juri hakim debat ala parlimen pada kali ini. Justeru, pihak juri kehakiman mengharapkan agar para peserta pada masa akan datang dapat mempersembahkan hujjah dengan lebih baik dan relevan. Pertandingan ini berakhir kira-kira jam tujuh petang.
Acara Padang
"Meriah"
Sabtu, 16.08.08, Dataran Hayyu Asyir- Bahang dan kemeriahan acara padang sempena EGP 08 sangat terasa disebabkan komitmen dan penyertaan daripada peserta sendiri amat menggalakkan. Walaupun banyak acara-acara yang terpaksa dimansuhkan berbanding tahun lepas memandangkan kesuntukan masa dan kepadatan jadual program, namun para peserta daripada setiap zon iaitu zon A, B, C serta D tetap memberikan kerjasama dengan baik.
Antara acara padang yang dipertandingkan ialah futsal dan bola tampar. Dua acara ini adalah diantara acara yang paling meriah pada kali ini. Dan permainan ini dipertandingkan mengikut sistem liga. Selain itu acara sukaneka tidak ketinggalan untuk memeriahkan lagi acara padang sempena EGP 08 kali ini. Acara kail botol, jejak kejaka dan sepak raga bulatan antara acara sukaneka yang sempat dipertandingkan pada hari tersebut.
Dalam acara kail botol, zon B merangkul juara manakala naib juara disandang oleh zon C. Sementara juara dalam acara Jejak Jejaka pasukan yang berjaya mengenepikan cabaran zon lain ialah pasukan dari zon D, manakala naib juaranya pula disandang oleh kumpulan zon C. Acara sepak raga bulatan pula keputusannya masih lagi dalam perkiraan oleh pihak juri pertandingan.
Kemeriahan acara padang lebih terserlah dengan kehadiran dan penambahan pasukan iaitu dari Kemboja, Arma serta Bait Muslim. Gelangang futsal menyaksikan tiga pasukan yang mewakili setiap zon beradu tenaga untuk melayakkan pasukan mereka ke peringkat seterusnya. Keputusan pertandingan peringkat saringan berpihak kepada pasukan Bunga Raya, Cempaka dan Orkid untuk bertanding ke peringkat seterusnya. Ustaz Jamal Jamaluddin Sulaiman selaku ketua eksekutif padang EGP 08 mengharapkan agar tautan ukhuwah akan lebih erat dikalangan para peserta.
Tilawah Al-Quran
"Perbaiki mutu bacaan"
Ahad, 17.08.08, Rumah Kedah Hayyu Asyir – “Kebanyakan peserta kurang memahami dari segi aspek mutu bacaan, iaitu tajwid mahupun fasohah”. Kata-kata ketua hakim yang mengendalikan ujian tilawah pada kali ini. Johan tilawah Al-Quran disandang oleh Ustaz Abdul Halim yang mewakili zon A.
Seramai tiga orang peserta yang menyertai tilawah Al-Quran yang dianjurkan oleh Persatuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM) dibawah Program Ekspo Gempak PMRAM 08 (EGP) bersempena Perayaan Menyambut Hari Kemerdekaan (PMHK) kali ke- 51. Masing-masing mewakili zon A, B dan C.
Ujian tilawah Al-Quran ini bermula jam 8.30am dan berakhir pada jam 10.00am. Majlis ini juga diserikan dengan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran daripada juara Akademi Al-Quran (AQ) musim pertama, iaitu Ustaz Abdullah Fahmi.
Pantun
“Pemakaian kurang sesuai dengan tema”
Isnin, 18.08.08, Dataran Hayyu Asyir – Dengan jumlah markah keseluruhan sebanyak 252 markah, zon D mampu mengalahkan pasuskan pemantun dari zon A yang mendapat pungutan markah sebanyak 198 markah. Pertandingan akhir pesta berbalas pantun ini dikendalikan oleh Ustaz Syafiq Zulakifli dan dihakimi oleh tiga orang hakim-hakim yang berkaliber.
Walaubagaimanapun, satu teguran yang membina daripada juri hakim mengenai persembahan iaitu daripada Ustaz Mohd Rizal Abd Wahab yang mengatakan, “persembahan dan pemakaian peserta pada kali ini kurang sesuai dan tidak mengikut tema pertandingan, selain itu gaya intonasi yang tidak sejajar dengan gaya persembahan merupakan alasan-alasan daripada pihak juri hakim teragak-agak untuk memberikan markah kepada para peserta ".
Harapan yang menggunung daripada juri hakim sendiri agar para peserta pada masa akan datang menggunakan bahasa-bahasa pantun yang kreatif dan bentuk-bentuk soalan pantun yang sejajar mahupun bertepatan dengan tahap pemikiran mahasiswa. Pertandingan ini berakhir kira-kira jam 4 petang.
Nasyid
"JUARA BERTAHAN KEKAL JUARA"
Selasa, 19 Ogos 2008, Dataran Hayyu Asyir - Juara nasyid tahun lepas kekal bertahan sebagai juara pada tahun ini. Wakil kumpulan nasyid dari negeri Selangor itu mendendangkan dua buah lagu yang bertemakan sempena hari kemerdekaan pada tahun ini. Pertandingan nasyid pada kali ini disertai dari beberapa buah negeri mahupun muhafazah sendiri. " Walaupun terdapat saingan sengit terutama wakil dari negeri Kedah dan Mansurah, kami sememangnya telah menjangka kemenangan ini kerana perancangan dan persediaan yang dirancang daripada awal lagi ", kata wakil daripada juara nasyid EGP 08. Katanya lagi harapan agar irama nasyid akan terus berkembang di bumi mesir ini. Pertandingan nasyid sempena EGP 08 ini berakhir kira-kira jam 12.30 tengah hari.
Majlis Perasmian EGP 08 Akhwat
Majlis Perasmian Ekspo Gempak PMRAM EGP '08 bagi peringkat akhwat telah berlangsung secara sederhana dan meriah di Dewan Darul Ehsan Rumah Selangor jam 9.00 pagi yang telah dihadiri oleh barisan Penasihat-penasihat HEWI PMRAM,barisan AJKT HEWIM PMRAM, tetamu-tetamu jemputan dan semua ahli HEWI yang hadir.. Perasmian dimulakan dengan ucapan pengerusi majlis dan seterusnya bacaan tilawah suci Al-Quran oleh Ustazah Zuriati Othman.
Seterusnya majlis diteruskan dengan ucapan dari Timbalan Pengarah 2 EGP '08 Ustazah Izzati Farhana dan dalam ucapannya berharap program EGP '08 ini dapat berjalan dengan lancar dan semua ahli PMRAM diharap sama-sama menjayakan program ini. Majlis diserikan lagi dengan kalam ucapan Timbalan Pengerusi HEWI PMRAM, Ustazah Norfaizah Mad Ali. Ucapannya banyak tertumpu kepada erti kemerdekaan yang sebenar bahawasanya kemerdekaan yang hakiki adalah bebas dari budaya-budaya barat yang kini dipengaruhi oleh umat Islam seluruh dunia dan diri kita ini suci dan bebas dari anasir-anasir luar yang mampu menjatuhkan Islan itu sendiri.Beliau berharap supaya objektif utama EGP '08 ini dapat dicernakan disamping berharap supaya kita tidak lupa dengan penderitaan rakyat-rakyat diluar sana terutamanya isu-isu yang berkaitan dengan Palestine.
Agenda majlis diteruskan lagi dengan ucapan perasmi majlis iaitu Ustazah Fatimah Salwani selaku badan penasihat HEWI PMRAM. Beliau banyak mengaitkan dengan sirah-sirah perjuangan zaman para Nabi dan zaman-zaman seterusnya, bagaimana susah payah pejuang-pejuang Islam terdahulu berjuang untuk menegakkan Islam sehingga kini masih terus subur memayungi dunia. Beliau berharap kita semua juga mampu menjadi seperti pejuang-pejuang terdahulu yang rela mengorbankan jiwa dan raga demi semata-mata Islam tercinta.
Seterunya, tibalah acara yang dinantikan oleh semua hadirin yang hadir iaitu gimik perasmian yang mana perasmi dan setiap ketua kontijen diminta melengkapkan pecahan 'puzzle' sebagai tanda simbolik perpaduan diantara semua kontijen-kontijen. Dengan berakhirnya simbolik upacara perasmian berikut, program EGP '08 ini telah dirasmikan secara rasminya.Semoga segala apa yang telah disusun dan diharapkan dalam EGP PMHK '08 ini berjaya dilaksanakan dengan jayanya oleh semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung.WalluA'lam
Seterusnya majlis diteruskan dengan ucapan dari Timbalan Pengarah 2 EGP '08 Ustazah Izzati Farhana dan dalam ucapannya berharap program EGP '08 ini dapat berjalan dengan lancar dan semua ahli PMRAM diharap sama-sama menjayakan program ini. Majlis diserikan lagi dengan kalam ucapan Timbalan Pengerusi HEWI PMRAM, Ustazah Norfaizah Mad Ali. Ucapannya banyak tertumpu kepada erti kemerdekaan yang sebenar bahawasanya kemerdekaan yang hakiki adalah bebas dari budaya-budaya barat yang kini dipengaruhi oleh umat Islam seluruh dunia dan diri kita ini suci dan bebas dari anasir-anasir luar yang mampu menjatuhkan Islan itu sendiri.Beliau berharap supaya objektif utama EGP '08 ini dapat dicernakan disamping berharap supaya kita tidak lupa dengan penderitaan rakyat-rakyat diluar sana terutamanya isu-isu yang berkaitan dengan Palestine.
Agenda majlis diteruskan lagi dengan ucapan perasmi majlis iaitu Ustazah Fatimah Salwani selaku badan penasihat HEWI PMRAM. Beliau banyak mengaitkan dengan sirah-sirah perjuangan zaman para Nabi dan zaman-zaman seterusnya, bagaimana susah payah pejuang-pejuang Islam terdahulu berjuang untuk menegakkan Islam sehingga kini masih terus subur memayungi dunia. Beliau berharap kita semua juga mampu menjadi seperti pejuang-pejuang terdahulu yang rela mengorbankan jiwa dan raga demi semata-mata Islam tercinta.
Seterunya, tibalah acara yang dinantikan oleh semua hadirin yang hadir iaitu gimik perasmian yang mana perasmi dan setiap ketua kontijen diminta melengkapkan pecahan 'puzzle' sebagai tanda simbolik perpaduan diantara semua kontijen-kontijen. Dengan berakhirnya simbolik upacara perasmian berikut, program EGP '08 ini telah dirasmikan secara rasminya.Semoga segala apa yang telah disusun dan diharapkan dalam EGP PMHK '08 ini berjaya dilaksanakan dengan jayanya oleh semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung.WalluA'lam
Laporan Perjalanan Program EGP 08 bagi pihak Akhwat
16 Ogos 2008 (Sabtu)
DEBAT
Bertempat di Dewan Darul Ehsan Rumah Selangor H10, telah berlangsungnya pertandingan debat. Pusingan pertama debat dimulai dengan zon A (Aisyah Humairah) sebagai pihak pencadang menentang pihak pembangkang dari zon B (Khaulah Al-Azwar).Tajuk debat yang dibincangkan ialah "Peranan PBB adalah Resolusi Terpatri Bukan Hanya Janji".Bagi pusingan kedua pula diwakili oleh Mansurah mewakili zon D (Nailah Al-Farafisya) sebagai pihak pencadang dan Zon C diwakili Iskandariah (Maryam Al-Muqaddasah) sebagai pihak pembangkang.Tajuk usul pusingan kedua ini ialah "Hiburan Adalah Peluang Dalam Bidang Dakwah".
Sambutan yang diberikan oleh penonton amat menggalakkan dengan kehadiran penonton yang begitu memberansangkan. Keadaan dewan yang sememangnya hangat menjadi bertambah hangat apabila pihak pencadang dan pihak pembangkang masing-masing cuba mempertahankan hujah mereka Manakala dari pihak penonton pula nampak bersemangat memberi sokongan padu kepada pihak pencadang dan pihak pembangkang. Pertandingan debat ini diadili oleh 3 orang panel hakim yang terdiri daripada ustazah Siti Anisah Ahmad, Ustazah Dayang Siti Noraini Awang Damit Yahya dan Ustazah Khaujah Rubiah Ngah.
Pusingan pertama pertandingan debat antara Aisyah Humairah dan Khaulah Al-Azwar, akhirnya dimenangi oleh kontijen Aisyah Humairah manakala pertandingan kedua perdebatan antara Maryam Al-Muqaddasah dan Nailah Al-Farafisya dimenangi oleh Nailah Al-Farafisya. Kedua-dua kontijen yang berjaya akan bertemu dalam pertandingan debat akhir yang akan berlangsung pada 18hb Ogos 2008 di Rumah Johor jam 8.00 pagi.
PIDATO
Jam 1.30 petang menyaksikan dewan Rumah Selangor bergegar semula dengan menyaksikan empat peserta mewakili kontijen masing-masing menyampaikan hujah mereka dalam pertandingan pidato. Zon C (Maryam Al-Muqaddasah) menghantar dua peserta masing-masing berhujah di bawah tajuk pidato "Kemerdekaan Pemangkin Pembinaan Ketamadunan Bangsa" dan "Mahasiswa Cemerlang Negara Gemilang". Berbaki dua orang peserta lagi mewakili Zon A (Aisyah Humairah) dan Zon D (Nailah Al-Farafisya) juga menyampaikan tajuk pidato yang sama iaitu "Mahasiswa Cemerlang Negara Gemilang".
Para peserta begitu bersemangat dan berketrampilan dalam menyampaikan pidato masing-masing sehingga menarik perhatian para penonton untuk tidak meninggalkan dewan sehingga pertandingan berakhir. Tepat jam 2.30 petang pertandingan pidato berakhir dengan salah seorang panel hakim memberi komen secara keseluruhan peserta yang memasuki pertandingan tersebut pada hari itu dengan menyatakan penyampaian pidato peserta dalam pertandingan pidato kali ini begitu menarik perhatian dan mantap tetapi perlu memperbaiki dari segi dalam berhujah perlu memperbanyakkan bukti untuk mengeluarkan pendapat.Panel hakim pidato juga terdiri dari panel hakim yang sama seperti debat.
PANTUN
EGP '08 pada kali ini menampilkan pertandingan pantun sebagai salah satu acara tradisi Melayu yang kekal sejak turun temurun. Pertandingan pantun bagi akhawat dalam EGP '08 kali ini di sertai oleh empat zon iaitu Aisyah Humairah, Khaulah Al-Azwar, Maryam Al-Muqaddasah dan satu penyertaan dari kontijen baru iaitu Bait Muslim.
Acara pantun ini mendapat sambutan yang hebat oleh para penonton dan perjalanan pertandingan ini berlangsung dengan begitu meriah sekali.Sebanyak tiga pusingan untuk setiap kontijen perlu hadapi iaitu di bawah kata kunci Sejarah Kemerdekaan, Untukmu PMRAM dan terakhir sekali Isu Palestine.Rata-rata penjual dan pembeli pantun begitu bergaya dalam menyampaikan pantun masing-masing.
Para peserta pantun rata-ratanya melontarkan pendapat bahawasanya dengan mengadakan pertandingan seperti ini akan mengeratkan lagi ukhwah antara sahabat-sahabat yang dikenali dan juga yang baru dikenali hasil daripada penggabungan setiap negeri untuk membentuk kontijen masing-masing .Acara pantun ini juga boleh dijadikan satu medium untuk kita sebagai pendakwah menunaikan dakwah kita kepada masyarakat khususnya.
SAJAK
Pertandingan sajak boleh dikatakan menjadi pertandingan wajib untuk Program Perayaan Menyambut Hari Kemerdekaan atau lebih dikenali pada tahun ini sebagai EGP '08. Acara sajak kali ini berjaya mendapat sambutan yang begitu baik oleh setiap kontijen kerana disertai oleh 8 orang peserta, yang mana ianya satu jumlah yang terbanyak pernah disertai dari acara-acara yang lain dalam EGP '08 ini.
Kontijen Aisyah Humairah, Khaulah Al-Azwar dan Nailah Al-Farafisya masing-masing telah menghantar dua orang peserta manakala kontijen Bait Muslim dan Nailah Al-Farafisya menghantar seorang peserta sahaja. Tajuk sajak lebih tertumpu kepada tema Hari Kemerdekaan iaitu "Perpaduan Teras Kejayaan" dan setiap peserta berjaya menyampaikan sajak mengikut tema yang ditetapkan.
Komen para hakim tertumpu kepada bahasa sajak kurang puitis kerana kebanyakan sajak terlalu banyak menggunakan imbuhan ayat. Selain daripada itu penyampaian penyajak yang terlalu laju sehingga menyebabkan ada dikalangan penyajak kurang menghayati sajak yang disampaikan. Walau bagaimanapun, dari segi gaya penyampaian penyajak yang menarik berjaya menarik perhatian hakim mahupun penonton. Tahniah bagi semua penyajak-penyajak yang berani tampil membawa kelainan pada EGP PMHK '08 pada tahun ini.
PERTANDINGAN NASYID DAN SLIDE SHOW
Pertandingan Nasyid merupakan pertandingan utama bagi akhawat setiap kali PMHK berlangsung. Saban tahun ianya adalah acara yang mendapat sambutan yang hangat oleh kebanyakan ahli. Setiap zon masing-masing menghantar satu penyertaan dan kesemuanya penyertaan pada tahun ini berjaya menampilkan satu persembahan yang terbaik dan berjaya menarik perhatian penonton.
Pertandingan ini berlangsung di Dewan Rumah Johor tepat jam 3.00 petang yang telah dihadiri lebih 100 orang penonton. Walaupun keadaan dewan yang agak sesak dipenuhi oleh penonton, perjalanan nasyid berlangsung dengan jayanya sehingga jam 4.15 petang. Panel hakim terdiri daripada Timbalan Pengerusi HEWI PMRAM sendiri iaitu Ustazah Norfaizah Mad Ali, Ustazah Herlina Syarial dan Ustazah Nurul Syafini Abd Rahman.
Selepas selesai pertandingan nasyid, agenda diteruskan lagi dengan pertandingan slide show. Acara ini adalah acara julung-julung diadakan pada PMHK tahun ini. Walaupun julung-julung diadakan ianya mendapat sambutan yang menggalakkan kerana disertai oleh 7 orang peserta. Kontijen dari Aisyah Humairah menghantar tiga penyertaan, Khaulah Al-Azwar dua penyertaan dan dua lagi daripada kontijen Nailah Al-Farafisyah.
Pertandingan slide show ini lebih tertumpu kepada Tema Hari Kebangsaan iaitu "Perpaduan Teras Kejayaan" dan setiap peserta mempamerkan kreativiti-kreativiti dalam menyiapkan slide show masing-masing. Hasil daripada slide show yang ditayangkan sedarlah bahawasanya mahasiswi Al-Azhar kini bukan hanya tertumpu kepada kitab kuliah dan ilmu agama semata-mata tetapi juga mantap dari aspek yang lain antaranya kepakaran memanipulasikan teknologi computer dan thaqafah-thaqafah yang lain.
Akhirnya, harapan pihak penganjur mengharapkan EGP PMHK '08 kali ini mendapat penyertaan secara menyeluruh daripada semua ahli kerana dengan program seumpama inilah sebagai medan latihan untuk melahirkan mahasiswa/wi yang berkebolehan dan berketrampilan dari segenap sudut disamping menyatukan suara dan meribat ukhwah diantara satu sama lain.
17 Ogos 2008 (Ahad)
Pertandingan sukan dan sukaneka bagi akhawat bagi Program EGP '08 pada tahun ini telah diadakan di Nadi Syabab Musallas, Hayyu Asyir. Walaupun mula lewat dua jam dari tentatif yang dirancangkan, Alhamduillah perjalanan pertandingan sukan dan sukaneka berjaya juga berakhir dengan penuh kemeriahan kerana mendapat sambutan dan kerjasama dari semua ahli.
Atucara sukan pada pagi itu dimulakan lintas hormat dan perbarisan masuk dari keempat-empat kontijen iaitu Aishah Humairah mewakili gabungan negeri Kedah, Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Perak, Pahang, Terengganu dan Sabah, Khaulah Al-Azwar mewakili negeri gabungan Kuala Lumpur, Selangor, Melaka, Kelantan, Perlis, Johor, Sarawak, Naelah Al-Farafisya mewakili DPM Mansurah dan Mariam Al-Muqaddasah mewakili DPM Iskandariah. Kontijen Aishah Humairah telah menghantar seramai 64 orang untuk menyertai perbarisan pada EGP '08 menyaksikan kontijen yang terbanyak menghantar penyertaan, diikuti dengan 50 orang dari kontijen Khaulah Al-Azwar, dan 40 orang mewakili zon masing-masing iaitu Maryam Al-Muqaddasah dan Naelah Al-Farafisya.
Kontijen Aishah Humairah yang berbaju merah bersama maskotnya iaitu semut api yang melambangkan semangat perpaduan antara satu sama lain menghantar seramai 64 orang untuk menyertai perbarisan pada EGP '08 menyaksikan kontijen yang terbanyak menghantar penyertaan, diikuti seramai 50 orang dari kontijen Khaulah Al-Azwar yang berbaju biru bersama maskotnya doraemon yang memberi maksud supaya dapat memberi manfaat yang banyak kepada semua sahabat-sahabat, kontijen Maryam Al-Muqaddasah seramai 40 orang bersama pakaian bewarna hijau dan maskotnya anggur, dan kontijen Naelah Al-Farafisya tampil bewarna kuning.
Majlis lintas hormat dimulakan dengan perbarisan masuk daripadan kontijen-kontijen dan seterusnya hadirin yang hadir diminta menyanyikan lagu Asmaul Husna, lagu Negaraku, dan lagu PMRAM. Atucara majlis di teruskan dengan bacaan ikrar yang diketui oleh Ustazah Adibah dari Selangor.
Penyertaan dari setiap kontijen pada tahun ini dalam program PMHK adalah yang terbaik dari tahun-tahun sebelumnya kerana disertai dan mendapat sambutan yang positif dari semua BKAN dan DPM. Semangat seperti inilah yang diharapkan oleh PMRAM untuk ahli-ahlinya supaya lebih ramai yang memberi komitmen dalam setiap program-program yang dianjurkan PMRAM. Majlis lintas hormat berakhir dengan perbarisan keluar dari semua kontijen.
Selepas majlis berakhir semua yang hadir disajikan dengan persembahan akrobatik yang dilatih khas oleh mahasiswi Indonesia khas untuk persembahan sempena EGP '08 ini. Pelbagai aksi dan gaya dipergayakan dengan diiringi alunan muzik. Setelah tamat persembahan akrobatik,maka bermulalah acara sukan dan sukaneka yang diadakan serentak mengikut tentatif yang telah dirancang.
PERTANDINGAN BOLA JARING
Saban tahun pertandingan bola jaring adalah perlawanan wajib dalam PMHK. Pada tahun ini setiap kontijen menghantar satu pasukan bagi mewakili zon masing-masing. Perlawanan pertama dimulakan dengan Aishah Humairah melawan Maryam Al-Muqaddasah dan dimenangi oleh Aisyah Humairah dengan jaringan 7-0. Sorakan dari penonton bagi menyokong pasukan masing-masing menambahkan lagi kemeriahan hari sukan EGP '08. Perlawanan kedua menyaksikan perlawanan antara Naelah Al-Farafisya menumpaskan Khaulah Al-Azwar dengan mata 7-3. Kedua-dua pasukan yang kalah bertemu bagi menentukan tempat ketiga dan keempat dan ketiga.
Perlawanan akhir bagi menentukan pemenang tempat pertama menyaksikan Aisyah Humairah dan Naelah Al-Farafisya sama-sama handal dan mantap. Perlawanan akhir ini berlangsung dengan sengit dan kedua-dua pasukan bermain dengan penuh semangat tanpa menghiraukan panas matahari yang terik. Akhirnya, kehebatan pasukan Aishah Humairah tidak dapat disangkal lagi apabila berjaya mengalahkan lawannya dengan jaringan 10-3. Tahniah kepada semua.
KAWAD KAKI
Pertandingan kawad kaki pada EGP '08 akhawat disertai oleh 4 kontijen. Kontijen Aishah Humairah yang memulakan acara ini telah diwakili seramai 15 orang puteri yang berbaju merah. Kawad kaki yang dipersembahkan cukup menarik dengan pelbagia formasi yang dibentuk sekaligus mengundang kemeriahan dan ketakjuban para penonton. Kontijen-kontijen lain juga menghantar bilangan peserta yang sama kecuali dari pasukan Naelah Al-Farafisyah iaitu seramai 18 orang. Pertandingan kawad kaki ini dihakimi oleh Timbalan Pengerusi HEWI PMRAM Ustazah Norfaizah Mad Ali bersama dengan Ustazah Hafsah Esa dan Ustazah Noorshahidah Abd Manaf.
KEPUTUSAN PERTANDINGAN SUKANEKA AKHAWAT
MEHNAH BERDURI DAN EDISI SIASAT.
JOHAN : MARIAM MUQADDASAH
N.JOHAN : AISYAH HUMAIRA’
ITIK PULANG PETANG.
JOHAN : AISYAH HUMAIRA’
N.JOHAN : KHAULAH AL-AZWAR
DEKAT PADAMU.
JOHAN : AISYAH HUMAIRA’
.JOHAN : MARIAM MUQADDASAH
ALADDIN.
JOHAN : NAELAH AL-FARAFISHA
N.JOHAN : KHAULAH AL-AZWAR
BATU DAN GOLEK.
JOHAN : NAELAH AL-FARAFISHA
N.JOHAN : KHAULAH AL-AZWAR
KAU YANG SATU.
JOHAN : KHAULAH AL-AZWAR
N.JOHAN : AISYAH HUMAIRA’
BANG-BANG BOOM.
JOHAN : KHAULAH AL-AZWAR
N.JOHAN : MARIAM MUQADDASAH
GENDANG GENDUT TALI KECAPI.
JOHAN : AISYAH HUMAIRA’
N.JOHAN : MARIAM MUQADDASAH
BERSATU TEGUH BERCERAI ROBOH.
JOHAN : NAELAH AL-FARAFISHA.
N.JOHAN : KHAULAH AL-AZWAR
KAU DAN AKU.
JOHAN: KHAULAH AL-AZWAR
N.JOHAN : NAELAH AL-FARAFISHA
18 Ogos 2008 (Isnin)
Debat Akhir
Debat akhir akhawat berlangsung dengan sengit diantara pasukan Naelah Farafisya mewakili pasukan dari Mansurah melawan Aishah Humaira'. Keadaaan dewan begitu hangat dengan timbunan hujah-hujah yang bernas disampaikan oleh kedua-duanya belah pihak. Meraka yang hadir pada hari tersebut sama-sama memberi sokongan terhadap zon masing-masing menjadikan pertandingan lagi hangat dan hebat. Akhirnya, dalam kehebatan diantara kedua-dua zon tersebut, Naelah Al-Farafisya telah dinobatkan sebagai pemenang bagi acara pertandingan debat akhir EGP '08. Tahniah diucapakan kepada pemenang.
Subscribe to:
Posts (Atom)