20.8.08

Majlis Perasmian EGP 08 Akhwat

Majlis Perasmian Ekspo Gempak PMRAM EGP '08 bagi peringkat akhwat telah berlangsung secara sederhana dan meriah di Dewan Darul Ehsan Rumah Selangor jam 9.00 pagi yang telah dihadiri oleh barisan Penasihat-penasihat HEWI PMRAM,barisan AJKT HEWIM PMRAM, tetamu-tetamu jemputan dan semua ahli HEWI yang hadir.. Perasmian dimulakan dengan ucapan pengerusi majlis dan seterusnya bacaan tilawah suci Al-Quran oleh Ustazah Zuriati Othman.

Seterusnya majlis diteruskan dengan ucapan dari Timbalan Pengarah 2 EGP '08 Ustazah Izzati Farhana dan dalam ucapannya berharap program EGP '08 ini dapat berjalan dengan lancar dan semua ahli PMRAM diharap sama-sama menjayakan program ini. Majlis diserikan lagi dengan kalam ucapan Timbalan Pengerusi HEWI PMRAM, Ustazah Norfaizah Mad Ali. Ucapannya banyak tertumpu kepada erti kemerdekaan yang sebenar bahawasanya kemerdekaan yang hakiki adalah bebas dari budaya-budaya barat yang kini dipengaruhi oleh umat Islam seluruh dunia dan diri kita ini suci dan bebas dari anasir-anasir luar yang mampu menjatuhkan Islan itu sendiri.Beliau berharap supaya objektif utama EGP '08 ini dapat dicernakan disamping berharap supaya kita tidak lupa dengan penderitaan rakyat-rakyat diluar sana terutamanya isu-isu yang berkaitan dengan Palestine.

Agenda majlis diteruskan lagi dengan ucapan perasmi majlis iaitu Ustazah Fatimah Salwani selaku badan penasihat HEWI PMRAM. Beliau banyak mengaitkan dengan sirah-sirah perjuangan zaman para Nabi dan zaman-zaman seterusnya, bagaimana susah payah pejuang-pejuang Islam terdahulu berjuang untuk menegakkan Islam sehingga kini masih terus subur memayungi dunia. Beliau berharap kita semua juga mampu menjadi seperti pejuang-pejuang terdahulu yang rela mengorbankan jiwa dan raga demi semata-mata Islam tercinta.

Seterunya, tibalah acara yang dinantikan oleh semua hadirin yang hadir iaitu gimik perasmian yang mana perasmi dan setiap ketua kontijen diminta melengkapkan pecahan 'puzzle' sebagai tanda simbolik perpaduan diantara semua kontijen-kontijen. Dengan berakhirnya simbolik upacara perasmian berikut, program EGP '08 ini telah dirasmikan secara rasminya.Semoga segala apa yang telah disusun dan diharapkan dalam EGP PMHK '08 ini berjaya dilaksanakan dengan jayanya oleh semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung.WalluA'lam